Ahad, 11 April 2010

Garis Panduan Memilih Karya Besar

Tajuk

Garis Panduan Pemilihan Karya-karya Besar (Great Works) untuk Koleksi Pusat Sumber Sekolah.

Latar Belakang.

Masyarakat yang bertamadun tinggi mengamalkan budaya ilmu yang dibina melalui tabiat membaca. Kajian tabiat dan minat membaca rakyat Malaysia (1984) menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya membaca satu muka surat setahun berbanding dengan 200 muka surat dibaca oleh rakyat Jepun. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa remaja Malaysia lebih cenderung kepada majalah hiburan.

Kajian tabiat membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (1996) melalui Frank Small & Assoc. menunjukkan : -

Kadar literasi rakyat Malaysia mencapai 93 peratus, tetapi kadar yang membaca hanya 87 peratus-

Rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun.

Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah untuk memupuk budaya membaca melalui program NILAM yang sedang dilaksanakan di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Dalam usaha memupuk budaya membaca kepada para pelajar, salah satu langkah untuk melahirkan masyarakat pembaca kepada bahan-bahan bacaan yang berkualiti iaitu karya-karya besar yang mempunyai unsur-unsur mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan.

Definisi

Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.

Rasional Hasil daripada penilaian Anugerah NILAM Kebangsaan mendapati majoriti calon lebih mementingkan kuantiti buku yang dibaca daripada kualiti buku. Hanya segelintir calon terutamanya calon sekolah menengah yang dikenal pasti membaca karya-karya bacaan bermutu daripada penulis-penulis dan sasterawan berwibawa. Justeru, galakan membaca karya besar perlu ditekankan dalam penghayataan pembacaan murid bagi menjurus mereka ke arah pemikiran kritis dan kreatif. Karya besar amat penting kerana karya ini merupakan khazanah komprehensif tentang maklumat dan ilmu pengetahuan dalam semua lapangan bidang ilmu yang berkembang dalam sejarah peradaban manusia. Kefahaman kepada idea dan gagasan besar yang dilontarkan merupakan usaha manusia untuk memahami dan menghayati kebijaksanaan yang merupakan santapan mental dan rohani yang diperlukan oleh manusia.

Persoalan yang dibahaskan dalam karya besar ini masih relevan dengan isu semasa walaupun ada antaranya telah ditulis berabad-abad yang lalu. Persoalan ini masih segar dan perlu diterokai daripada pelbagai konteks dan perspektif.Atas kesedaran tersebut, maka koleksi karya-karya besar perlu diwujudkan di Pusat Sumber Sekolah.

Objektif

1. Menyokong program galakan membaca di sekolah-sekolah melalui penghayatan pembacaan karya-karya besar dan bahan-bahan bacaan yang bermutu.
2. Mendedahkan murid-murid kepada karya-karya besar agar mereka dapat menilai dan menghargainya.
3. Melahirkan murid-murid yang berpengetahuan, berfikiran kritis dan kreatif
4. Melahirkan masyarakat berilmu dan menghayati budaya ilmu
5. Membina tradisi menulis dan memperkayakan kreativiti penulisan.

Kriteria

1. Meliputi karya kreatif dan non-kreatif daripada penulis dan pemikir berwibawa.
2. Ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau karya-karya terjemahan.
3. Karya oleh penulis tempatan dan luar negara.
4. Karya yang mempunyai nilai yang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
5. Karya-karya yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat, agama, bangsa, atau kaum.
6. Sesuai dengan budaya masyarakat setempat.
7. Karya asli.
8. Karya-karya besar dalam bentuk edisi pelajar adalah diterima.

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan kriteria pemilihan buku untuk pusat sumber sekolah dan untuk program NILAM. Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Besar yang Sesuai disediakan untuk Pusat Sumber Sekolah.

Bahan Bacaan Sekolah Menengah

Karya Klasik

1. Hamlet - William Shakespeare
2. Romeo and Juliet - William Shakespeare
3. The Merchant of Venice - William Shakespeare
4. Cleopatra - William Shakespeare
5. The Tempest - William Shakespeare
6.As You Like it - William Shakespeare
7.Much Ado About Nothing - William Shakespeare
8.The Taming of The Shrew - William Shakespeare
9.Twelfth Ninth - William Shakespeare
10.King Lear - William Shakespeare
11.King Arthur and Knights of the Round Table - William Shakespeare
12.Henry V - William Shakespeare
13. The Prince of Padua - William Shakespeare
14. Illiad & Odyssey - Homer
15. Oedipus - Socrates

Bahasa Inggeris untuk pelajar Menengah Rendah

1.The Adventures of Sherlock Holmes - Sir Arthur Conan Doyle.
2.The Adventures of Huckleberry Finn - Mark Twain.
3.Tom Sawyer - Mark Twain.
4.The Jungle Book - Rudyard Kipling
5.The Elephant Man
6. Oliver Twist - Charles Dicken
7. David Copperfield - Charles Dicken
8. The Secret Garden - Frances Hodgson Burnett
9. Black Beauty
10.Tom Brown Schooldays - Thomas Hughes
11.Around The World in Eighty Days - Jules Verne
12.The Three Musketeers - Sir Alexander Dumas
13.Anne of Green Gables
14.The Diary of Anne Frank

Bahasa Inggeris untuk pelajar Menengah Tinggi

1.Pride and Prejudice - Charlotte Bronte
2.To Kill A Mockingbird - Harper Lee
3.Roots - Alex Haley
4. Of Mice and Men - John Steinbeck.
5.Animal Farm - George Orwell.
6.The Scarlet Letter - Nathaniel Hawthrone.
7.Moll Flanders - Nathaniel Hawthrone.
8. Gone with the Wind
9.Wuthering Heights - Charlotte Bronte
10.The Tale of Two Cities - Charles Dicken
11. Jane Eyre - Charlotte Bronte
12. The Pearl - John Steinbeck
13.Sons and Lovers - D.H. Lawrence
14.The Pygmalion - George Bernard Shaw
15.The Importance of Being Ernest - Oscar Wilde
16. Noli me Tangare ( My Hand) - Jose Rizal
17. Centerbury Tales - Chaucer
18. Lord of The Rings - L. Tolkien
19. Collections of Khalil Gibran

Karya Bacaan Matang & Bukan Fiksyen (Menengah Tinggi)

1.Mein Kempf (My Struggle) - Adolf Hitler (terjemahan Bahasa Inggeris)
2.The Wealth of Nation - Adam Smith
3.The Republic - Plato
4.The Prince - Machiavelli
5.Utophia - Sir Thomas More
6.In Praise of Folly - Erasmus
7. Chicken Soup of The Soul

Bahan Bacaan Kanak-kanak / sekolah rendah

1.Snow White and The Seven Dwarfts - The Grimm Brothers
2. Cinderella - The Grimm Brothers
3. Little Red Riding Hood - The Grimm Brothers
4. Rumpelstiltskin - The Grimm Brothers
5.Sleeping Beauty - The Grimm Brothers
6.Repunzel - The Grimm Brothers
7.Beauty and The Beast - The Grimm Brothers
8.Hansel and Gretel - The Grimm Brothers
9.Puss in the Boot - The Grimm Brothers
10.Jack and The Beanstalk - The Grimm Brothers
11.Alice in Wonderland - Caroll Lewis
12. Pinnochio - Carlo Coloddi
13. Ugly Ducklings - Han Christian Anderson
14. The Emperor’s New Clothes - Han Christian Anderson
15.The Red Shoes - Han Christian Anderson
16. The Hunchback of Notre Damme - Han Christian Anderson
17. Pied Piper of Hamelin - Han Christian Anderson

Bahan Bacaan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Karya Klasik

1. Tuhfat An-Nafis
2. Hikayat Merong Mahawangsa
3. Hikayat Malim Deman
4. Hikayat Laila Majnun
5. Hikayat Raja Donan
6. Hikayat Malim Deman
7. Hikayat Awang Sulung Merah Muda
8. Hikayat Amir Hamzah
9. Pelayaran Abdullah - Munsyi Abdullah

Bahan Bacaan Kontemporari / Moden sekolah menengah

1. Ranjau Sepanjang Jalan - Shahnon Ahmad
2. Salah Asuhan - Abdul Moies
3. Tenggelamnya Kapal Van Der Widjk - Drs. Prof. Hamka
4. Uda dan Dara - Usman Awang
5. Salina - A. Samad Said
6. Sejarah Melayu - Tun Sri Lanang
7. Anak Mat lela Gila - Pak Sako
8. Puteri Gunung Tahan - Pak sako
9. Melor Kuala Lumpur - Harun Aminurrashid
10. Gelombang Hidup - Abdullah Sidek
11. Nyawa di Hujung Pedang - Ahmad Murad Nasarudin
12. Sisa Neraka Dunia - Ahmad Lutfi
13. Sungai mengalir Lesu (1967) - A.Samad said
14. Desa Pingitan (1964) - Ibrahim Omar
15. Pulanglah Perantau - Aziz Jahpin
16. Samudera - Arena Wati
17. Merpati Putih Terbang Lagi - Khatijah Hashim
18. Interlok - Abdullah Hussein
19. Rentong - Shahnon Ahmad
20. Anak Titiwangsa - Keris Mas
21. Biru Warna - Awang Had Salleh
22. Rantau Selamat - Abdullah Hussein
23. Badai Semalam - Khatijah Hashim
24. Gelora - Arena Wati
25. Senja Belum Berakhir - Azizi Hj. Abdullah
26. Sami Mekong - Azizi Hj. Abdullah
27. Pahlawan Lembu - S.Othman Kelantan
28. Hari Terakhir Seorang Seniman - Anwar Ridhwan
29. Saga - A. Talib Hasan
30.Daerah Tercinta - Muhd Mansor Abdullah
31.Ranjau Sepanjang Jalan - Shahnon Ahmad
32. Srengenge (1973) -
33. Seluang Menodak Baung (1978)
34.Lingkaran - Arena Wati
35.Bulan Merah di Tiga Kuala - Zahari Afandi
36. Kunang-Kunang - Zahari Afandi
37.Bila Lagi Kompang Berbunyi - Marwilis
38. Ngayau - Amil Jaya

Karya terbitan Tahun 80an

1. Tok Guru - Shahnon Ahmad
2. Daerah Zeni - A. Samad Said
3. Hujan Pagi - A. Samad Said
4.Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur - Keris Mas
5.Rimba Harapan - Keris Mas
6.Seorang Tua di Kaki Gunung - Azizi Hj. Abdullah
7.Mega-Mega di Langit - Talib YK
8.Lepaskan Kembali Aku ke Laut - Shaari Isa
9.Buih di Atas Air - Abdullah Hussein
10.Meniti Cahaya - Ghazali MA
11.Sesudah Fajar Sebelum Senja - Baharuddin Sidi
12.Di Sebalik Sebuah Kubah - Harun Hj. Salleh
13.Langit Petang - A. Samad Said
14.Tunggul Gerigis - Shahnon Ahmad
15.Di Negeri Belalang - Anwar Ridhwan
16, Terang Bulan - Rahmat Harun
17. Arus - Anwar Ridhwan.

Sekolah Rendah

Bahan Bacaan Kategori Klasik (Bacaan Kanak-kanak)

1.Si Tenggang
2. Bawang Putih Bawang Merah
3. Pak Pandir
4. Hikayat Hang Tuah
5. Batu Belah Batu Bertangkup
6. Pak Kaduk
7. Pak Belalang
8. Puteri Gunung Ledang
9. Mahsuri
10. Mat Jenin
11. Sejarah Melayu
12. Bendahara Tun Perak
13. Sultan Mahmud Mangkat diJulang
14. Tun Fatimah
15. Tun Mutahir
16. Hikayat Si Luncai

Rujukan

1.Yayasan Karyawan, (2000). Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan.

2.Othman Kelantan, Abdullah Tahir (2003). Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden – Novel. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.Smyth, David. (2000). The Canon in Southeast Asian Literature. Surrey, Great Britain : Curzon Press